Ini Kronologi Sebenar Kehilangan Acap Yang Kini Masuk Hari Ke 19

INI kronologi kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sg Abong Muar, Mohammad Ashraf Hassan.

23 MAC 2019

Sekitar jam 2 petang, m4ngsa dikesan tidak bersama rakan lain di garisan penamat satu program larian. Selepas usaha menghubunginya gagal, pihak penganjur melakukan carian di kawasan laluan peserta tetapi tidak menemui m4ngsa.

Pada jam 1.09 pagi, rakan mangsa membuat satu laporan  p0lis di Balai Polis Gopeng.

24 MAC 2019

Hari pertama Operasi Menyelamat (Op SAR) digerakkan dengan membuka Pos Kawalan Tempat Kejadian  (PKTK) di Kampung Pintu Padang, Gopeng.

25 MAC 2019

Petunjuk pertama iaitu botol air minuman mangsa ditemui di lokasi terakhir mangsa dilihat  iaitu di sekitar check point 6.

Operasi mencari kemudian dipergiat dengan penyertaan 130 anggota pelbagai jabatan dan agensi.

26 MAC 2019

Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui sebarang petunjuk baharu, namun skop pencarian diperluas luar daripada petunjuk sebelum ini hingga 10km termasuklah di kawasan puncak Bukit Batu Putih pada ketinggian 90 meter yang sukar dilalui guna jalan biasa.

27 MAC 2019

Op SAR yang sepatutnya ditamatkan disambung sehingga Sabtu selepas mendapat arahan daripada Pejabat Menteri Besar  Perak.

30 MAC 2019

P0lis menamatkan Op SAR selepas tujuh hari operasi digerakkan, namun usaha pencarian tetap diteruskan dalam skala yang kecil.

5 APRIL 2019

Semua masjid di Perak mengadakan solat hajat sejurus selesai solat Jumaat bagi mendoakan m4ngsa ditemui selamat.

6 APRIL 2019

Operasi mencari Mohammad Ashraf masih diteruskan dalam skala kecil dan sehingga kini belum ada sebarang petunjuk baharu yang boleh membawa kepada penemuan m4ngsa.

Terlalu ramai buat ramalan dakwa Acap dah kahwin dan disembunyikan, tapi ini pula kata UKE…

IPOH – Penceramah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias menyifatkan kes kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, sebagai satu ujian bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata, ujian itu untuk mengetahui tahap keimanan manusia sama ada tetap bergantung harap kepada ALLAH atau meyakini ramalan-ramalan yang dibuat segelintir pihak.

Menurutnya, dalam tempoh kehilangan m4ngsa yang masuk hari ke-18 ini, dilihat banyak pihak tampil membuat andaian dan firasat sendiri hinggakan sebahagiannya berunsur sy1rik dan khur4fat.

“Saya lihat di Facebook terlalu ramai yang membuat ramalan, ada yang mengatakan mangsa sudah berkahwin di alam sana, dia hidup tetapi disembunyikan dan ada juga yang sudah membantu dengan bertarung dengan jin.

“Saya khuatir jika berlaku satu keadaan kita lebih percaya pada perkara seperti ini sedangkan dalam perkara-perkara ghaib yang mengetahui hanya ALLAH,” katanya ketika dihubungi,semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertemuan yang dibuat bersama ahli keluarga Mohammad Ashraf di Pusat Pendidikan Al Barakah, semalam.

Mohd Kazim berkata, pihaknya telah mengesyorkan kepada ahli keluarga untuk menolak pelawaan pengamal perubatan yang menggunakan ritual bercanggah dengan hukum syarak.

Katanya, keadaan itu bukan sahaja tidak membantu, malah mungkin menjadi penyebab doa orang ramai agar mangsa ditemui, tidak dimakbulkan ALLAH.

“Mungkin ada hikmahnya mengapa Ashraf ini belum ditemui, jika ditemukan sekarang akan adalah orang-orang mendakwa itu adalah hasil usahanya apatah lagi jika yang dilakukan itu bercanggah dengan hukum. Saya rasa semua orang akan percaya dan pergi berubat dengan orang itu.

“Jika benar nak berunding, lakukan dengan cara yang betul menerusi perawatan Islam, bukannya dengan benda pelik-pelik…InsyaALLAH doa kita akan dimakbulkan,” katanya.

Beliau turut menyarankan ahli keluarga untuk meneruskan solat hajat.

Sumber : GPS via Kampusuols

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *