Kesian! Monyet Merah Ini Dipulau Oleh Kawan-kawan Disebabkan Warna Mereka Berbeza!

Kesian! Monyet Merah Ini Dipulaukan Monyet-Monyet Lain. Bukan manusia je yang ambil masa untuk serasi apabila berada dalam kelompok orang lain, haiwan pun sama.

Seekor monyet dipulaukan kumpulannya sendiri selepas dia disimbah dengan cat berwarna merah oleh sekumpulan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Sekali pandang nampak macam spesis Presbytis rubicunda. Tapi sebenarnya tidak.

Monyet malang itu ditemui berlegar-legar di kawasan taman Botani Renshen di Taiwan tanpa kawan.

Ketika ia ditemui oleh pendaki yang dikenali sebagai Lu Cheng-lin, dia menyangka monyet itu sememangnya berwarna merah.

Ditemui Pendaki

Rupa-rupanya lagi dekat lagi jelas kelihatan monyet itu sebenarnya disimbah dengan cat berwarna merah.

Menurut pakar haiwan, warna bulu yang berubah mungkin menyebabkan dia sukar dikenali dan dipulaukan oleh ahli kumpulannya. Kesiannya!

Sumber: Apekes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *