“Benda Dah Viral Takkan Tak Tahu, Duduk Dalam Gua Ke?”

Sedang kecoh diperkatakan kes fitnah melibatkan status taraf kedua-dua anak lelakinya, Rita Rudaini meluahkan rasa terkilan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan yang langsung tidaka mengambil tahu mengenai isu tersbeut.

Kata Rita lagi, hanya dia sahaja bersendirian bertanggungjawab menyelamatkan maruah anak-anaknya. Malah, Rita berkata Aidil juga tiada langsung menghubunginya berkenaan isu fitnah tersebut.

“Saya tidak tahu. Ada ke? Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya.

“Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya. Saya sebagai ibu yang mengetengahkan isu ini dan bertanggungjawab demi menyelamatkan maruah anak-anak.

“Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke?” katanya kepada Astro Gempak.

Difahamkan malam semalam, dua individu tampil bersemuka dengan Rita di Balai Polis Mutiara Damansara untuk membuat permemohon maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, meskipun permohonan maaf sudah diterima, pihak Rita masih mempertimbangkan sama ada ingin meneruskan saman malu atau tidak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *