“Bila Dah Besar, Dia Tengok…,”- CP Juliana Evans Abadikan ‘Photoshoot Baby Born’ Anak Sulung Sebagai Kenangan Masa Depan

Pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans berkongsi kenangan terindah apabila melakukan sesi pengambaran (photoshoot) kelahiran anak sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada usianya yang ke-26 hari.

Kongsi bintang filem Bella & Jamie itu,tujuan dia melakukan photoshoot tersebut adalah sebagai tanda bagi mencipta kenangan terindah bersama anak sulung.

“Saya buat photoshoot Baby Kamiliah sebab saya nak simpan kenangan manis ketika dia baru lahir sebelum dia berusia sebulan dan saya mahu buat potret.

“Sejujurnya, saya paling suka gambar di mana Baby Kamiliah hanya menyarungkan kain ‘plain’ berwarna kuning dan rasa gambar itu sangat berharga sebab dalam masa 10 tahun, kita masih boleh tengok gambar itu lagi.

“Walaupun dia dah besar dan sudah cecah 20-an atau sudah berkeluarga, dia akan lihat semula gambar itu dan akan rasa sangat istimewa,” kongsi Juliana menerusi IGTV miliknya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My daughter’s newborn photoshoot at 26 days old with @tinywinyphotography 💛💛💛🌺🌺🌺

Siaran dikongsi oleh Juliana Sophie Evans (@julianaevans) pada

Terdahulu, photoshoot tersebut dilakukan pada awal bulan ini.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Moana 🌊 @julianaevans . Newborn photoshoot by Tiny Winy 🌹 . #newbornphotography #newborn #tinywiny #tinywinyphotography #natalismothercare #natalis #pakejpantang #confiment #happikiddo #majalahpama #offspringinc #tcebabyexpo #tagsharewin #fazrinapostnatalcare #rnbbabybed #newborn #newbonphotography #newbornmalaysia #newbornmalaysia #babyboy #varietypose #moana🌺🌊

Siaran dikongsi oleh TinyWinyNewbornBabyPhotography (@tinywinyphotography) pada

Imbas kembali, Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Tengku Kamiliah Zanariah Josephine yang dilahirkan pada 13 Julai lalu.

Foto: Instagram CP Juliana Evans/ TinyWinyNewbornBabyPhotography

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *