Final Piala Malaysia: Zaquan & Aidil Jadi Seteru, Ibu Pening Nak Doakan Siapa

Bahang perlawanan akhir Piala Malaysia kian terasa!

Perlawanan pada Sabtu ini bakal menemukan Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali gus menjadi final kali pertama menampilkan pasangan kembar, Zaquan Adha Abdul Radzak dan Aidil Zafuan, sebagai seteru bagi tempoh 13 tahun karier mereka dalam kancah bola sepak.

Ia sesuatu yang istimewa buat kedua-dua pemain kebangsaan itu yang akhirnya bertemu dalam skuad yang berbeza di pentas final liga domestik.

Zaquan, yang bersama Kedah ketika ini, antara watak penting menggerakkan jentera serangan Lang Merah ketika abang kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Razak, pilihan utama yang bakal membarisi pertahanan JDT.

“Kami selalunya akan menghubungi ibu menjelang perlawanan dan apabila mengetahui bakal berdepan JDT dalam final, ibu tidak tahu ingin mendoakan kejayaan bagi saya atau Aidil.

“Jadi siapa yang menang dalam final, itu rezeki masing-masing. Semoga berjaya buat JDT dan Aidil,” kata Zaquan memetik laporan Stadium Astro.

Kedah melewati aksi menarik ketika mematikan langkah Pahang di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu.

Tegas Zaquan, ia adalah perlawanan paling menarik yang pernah dilaluinya bagi tempoh 13 tahun bergelar pemain bola sepak dan sewajarnya menjadi kenangan termanis untuk perjalanan kariernya.

“Perlawanan ini menguji tahap kesabaran dan mental pemain-pemain. Agregat 8-8 merupakan jaringan terbanyak dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia,” katanya lagi.

Nada yang sama turut dikongsi kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar, merujuk kepada pertembungan yang menuntut prestasi terbaik yang telah ditampilkan kedua pasukan bagi tempoh 120 minit.

“Saya telah beraksi bersama Kedah selama 14 tahun. Ini merupakan perlawanan paling dramatik dan jika kami gagal ke final, penyokong tetap akan berpuas hati dengan persembahan kami,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Stadium Astro via GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *