“Handsomenya Upin Ipin Bila Dah Besar” – Tomok Jumpa ‘Kembar’ Botak, Hariss Annuar

Penyanyi Tomok mencuri perhatian wargamaya apabila tampil sebagai watak animasi kegemaran ramai, Upin dan Ipin.

Menerusi laman sosial Instagram, Tomok berkongsi sebuah video bersama pelakon Harris Annuar yang turut sama berkepala botak dan mereka sempat bergurau melakonkan watak kembar comel itu.

“Hai nama saya Upin, nama saya Ipin. Dan ini kisah kami berdua. Betul, betul, betul!” ujar Tomok dan Harris di dalam video tersebut.

Apa yang membuatkan wargamaya geli hati adalah apabila mereka meniru tanda pengenalan Upin dan Ipin iaitu ‘betul, betul, betul’ dengan mirip sekali ditambah pula dengan muzik latar lagu animasi tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai yang turut meninggalkan emoji ketawa sebagai tanda terhibur dengan aksi dua lelaki botak tersebut.

“Ya Allah Azad! Hahahaha comel je korang,” komen pelakon Lisa Surihani.

“Wehhhhh”, ujar penyanyi Black Hanifah.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sorry @black.hanifah i dah jumpa kembar sebenar @harrisannuar #upinipin #betulbetulbetul 👻😜😝

Siaran dikongsi oleh Tomok (@tomokofficial) pada

“Tahu tak anak aku percaya,” kata seorang wargamaya.

“Tak pasal-pasal anak aku stop dengan video ni, tak kasi scroll ke bawah”, usik seorang wargamaya.

“Baru tahu Upin Ipin dah besar ni hensem,” puji seorang wargamaya.

Perkongsian itu sehingga kini telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada wargamaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *