Aks1 Kucing Bermata Juling Tetap memukau Ribuan Peminat Di Instagramnya.

Biarpun mempunyai mata yang juling akibat strabismus, kucing ini berjaya mencur1 hati ratusan ribu peminat dari seluruh dunia dengan telatah dan kecomelannya.

Kucing diberi nama Belarus ini mempunyai lebih 250 ribu pengikut di laman Instagram.

Terpikat ketika melihatnya, pemilik Belarus mengambil si comel itu dari sebuah pusat perlindungan haiwan kira-kira dua tahun lalu ketika ia masih berusia setahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Belarus The Cat (@my_boy_belarus) on

Pada 2019, pemiliknya, Rachel dilaporkan berjaya mengumpul dana sehingga kira-kira RM16,456 dari pelbagai kempen menggunakan populariti haiwan berkenaan.

Dana itu kemudiannya digunakan untuk membantu operasi pusat perlindungan haiwan yang pernah menjadi tempat berteduh si comel berkenaan.

Sangat aktif dan tidak takutkan air, Belarus dikatakan gemar bermain di dalam bilik air.

“Ia sering menolak barang jatuh dari sinki ketika saya sedang mandi,” kata pemilik kucing berkenaan.

Belarus juga mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi serta suka menyusup ke sudut yang sempit.

Keunikan dan kecomelan Belarus berjaya memukau mata yang melihatnya.

‘Kacak’ dan comel

Disayangi ramai

Mata tercantik di dunia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: My Boy Belarus via siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *