Baru tiga bulan dapat anak pertama, Baim Wong dah minta isteri hamil anak kedua

Isteri Baim melahirkan anak pertama pada 27 Disember tahun lalu.

BARU tiga bulan menimang cahaya mata pertama, pelakon terkenal Indonesia Baim Wong mahu isterinya iaitu Paula Verhoeven hamil kali kedua.

Menurut laporan Kapanlagi, Paula secara berseloroh memberitahu rakannya yang juga isteri kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina bahawa dia berasa takut dengan pemintaan Baim.

“Saya takvt ini. Macam mana, Baim mahu saya hamil lagi,” kata Paula sambil ketawa.

Isteri Raffi, Nagita minta Baim dan isteri tunggu dua tahun lagi untuk dapat anak kedua.

Bagaimanapun, Nagita atau lebih mesra dengan panggilan Gigi meminta pasangan itu untuk menunggu dua tahun untuk mempunyai anak kedua.

Perbualan Paula dan Nagita dirakam ketika mereka bertemu di sebuah restoran baru-baru menerusi video di YouTube saluran Baim Wong.

Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 22 November 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Kiano Tiger Wong pada 27 Disember tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *