“Inilah Pertama Kali Saya Raya Dok Malaysia Nampaknya” – Ibu Aliff Syukri

Ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim memberitahu, berkemungkinan besar dia terpaksa meraikan sambutan Aidilfitri di dalam negara sahaja pada tahun ini buat pertama kali.

Ini kerana menurut Rozita, selama bergelar ahli perniagaan, dia sekeluarga akan memanfaatkan waktu perayaan dengan pergi bercuti ke luar negara pada setiap tahun.

“Sepanjang saya bisnes, raya ketiga saya dah fly dengan keluarga saya.

“2020 ni lah pertama kali saya raya dok Malaysia nampaknya. Dah rancang berhajat nak ke Amsterdam terus ke Iceland raya ni!,” luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam posting tersebut, Rozita turut berkongsi gambar kenangan dirinya bersama keluarga ketika bercuti di luar negara sewaktu Aidilfitri

View this post on Instagram

Sepanjang sy bisnes raya ke3 sy dh fly dgn family sy ..2020 Ni lah pertama kali sy raya dok Msia nampaknya , dah plan berhajat nak ke Amsterdam terus ke Iceland raya ni..!! . Sbbnya masa Raya sy bagi stf cuti lama dn masa nilah sy cuti sekali dgn family juga..Ofc kedai semua tutup di Msia sbb raya ..Sy plan trip ke negara belanda sgt cantik dn pengalaman yg sgt menyenangkan, hajat semua org boleh plan jadi belum tentu . Selalu ya sy akn pergi dulu dn survey dn akn bawa staf atau stokis2 manaW travel yg sy jejaki ..Pengalaman indah , memory xsy lupakan dn berbayak tkasih semua kenalan yg melayani kami disana mudahan sy merasa ke negara sana lagi dilain waktu jika ada umur dn izin Allah

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Bagaimanapun, tradisi keluarganya itu terpaksa dilupakan pada tahun ini akibat pelaksanaan sekatan perjalanan ke luar negara ekoran penularan wab4k Covi1d-19.

Jelasnya lagi, dia memilih waktu perayaan kerana pada waktu itulah, lazimnya, semua ahli keluarga boleh berkumpul.

“Sebabnya masa raya saya bagi staf cuti lama dan masa ni lah saya cuti sekali dengan keluarga juga. Pejabat, kedai semua tutup di Malaysia sebab raya.

“Saya rancang lawatan ke negara Belanda sangat cantik dan pengalaman yang sangat menyenangkan. Hajat semua orang boleh rancang, jadi belum tentu,” katanya.

Posting tersebut kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen.

“Pertama kali??

“Untungnya dapat melancong ke luar negara.

“Terbaik Kak Rozita mungkin ada hikmahnya kenapa Allah hantar Cov1id-19,” tulis sebahagian netizen.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVI1D-19!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *