Esok, lusa penentu PKPB sambung atau tamat

SEBARANG syor terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada kerajaan berhubung penamatan atau sambungan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah berdasarkan perkembangan semasa Covid-19 di negara ini, esok atau lusa.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil pemantauan itu akan dijadikan sandaran untuk menjelaskan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tindakan seterusnya.

“Pemantauan fasa PKPB sehingga 12 Mei. Tetapi pada 8 atau 9 Mei, KKM akan lihat satu trend ketika itu bagi menasihati Perdana Menteri untuk tindakan sewajarnya.

“Sama ada wajar ditamatkan pada 12 Mei atau disambung bakal bergantung kepada beberapa faktor.

“Ia merangkumi kes harian Covid-19 yang dicatatkan dalam negara dan kadar kebolehjangkitan yang setakat ini merekodkan 1,584 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Malaysia belum lagi merancang untuk melaksanakan ‘exit strategy’ dalam mengawal penularan wabak Covid-19 walaupun jumlah kes positif sudah menunjukkan trend penurunan kepada dua angka.

“KKM akan terus memantau trend perkembangan Covid-19 termasuk kluster baharu sehingga PKPB dijadual berakhir 12 Mei ini.

“Setakat ini, KKM berjaya mengawal kes kepada dua angka dan berharap dapat terus mengawal serta mengurangkan kes Covid-19 sebaik mungkin untuk tempoh seminggu lagi.

“Pemantauan perlu dilakukan kerana wujud kluster baharu seperti kluster tapak pembinaan sebelum ini dan kluster pengawal keselamatan hari ini,” katanya.

Namun, katanya, kluster baharu itu sudah pun dikenal pasti termasuk saringan gita dijalankan terhadap mereka yang berada di dalam kluster itu selain diasingkan dan diberikan rawatan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *