‘Gadis Idaman Malaya’ Atau ‘Perampas’,” – Akhirnya Ini Jawapan Mengejut Mira Filzah Setelah Dituduh Punca Pertunangan Remy Ishak Putus

Mira Filzah, nama yang semakin hangat meniti di bibir netizen. Malah dek nama yang sedang di puncak glamor, ada sahaja gelaran yang diberikan.

Malah setiap apa yang dilakukan bintang ini pasti akan ‘pancing’ minat ramai untuk ambil tahu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tap for details. Double tap for ❤️ . . #arianifloraya19 #melandmolly #youdoyou

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Misalnya bila ada yang beri Mira dengan gelaran ‘Gadis Idaman Malaya’ dan dituduh sebagai ‘perampas’ gara-gara kisah pertunangan Remy Ishak putus di tengah jalan, Mira ada jawapannya sendiri.

Hanya tertawa dan tenang menghadapi soalan, Mira yang ditemui di majlis pertunjukan fesyen Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2019 di Malaysian Petroleum Club KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu menjelaskan, gelaran ini diberi hanyalah dari perspektif masing-masing.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Two beautiful, soft-spoken and successful women that I really adore. ❤️ . . #creactionnostalgiaraya #arianifloraya19 #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Itu adalah orang luar yang memberi gelaran sebegitu. Alhamdulillah, mungkin mereka nampak saya sesuai dengan gelaran begitu.

“Sebenarnya berat untuk bawa gelaran sebab ianya memberi perspektif berbeza daripada orang ramai. Mungkin ada yang menyokong, tapi ramai juga yang mempersoalkan.

Tapi macam saya cakap, bukan saya yang pilih, tapi disebabkan mereka gelar begitu, saya terima dengan hati terbuka.

“Sebaiknya, saya hanya jadi diri sendiri. Dan bila orang dah anggap saya begitu, saya jagalah status ini sebaiknya,” katanya kepada MH.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Chubby cheeks. 🐹 Happy month I guess. 🤷🏻‍♀️ . . @galeriariani #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Tidak melatah, dia sebaliknya hanya tenang menjelaskan isu putus tunang Remy tiada kaitan langsung dengan dirinya.

Malah, kedua-duanya tidak pernah berbicara soal ini kerana menganggap ini adalah isu peribadi di empunya badan.

Secara peribadi, tiada tekanan untuk saya. Nama terkait itu bila orang mula berkata-kata, tapi setakat ini di media sosial saya masih bersih daripada kec4man.

“Tapi Remy pun sudah menjelaskan bagi pihak dia. Saya pun yang tiada kaitan ini, tak perlu takut sebab kita tahu apa yang betul kan?” jelasnya.

Bakal digandingkan bersama dalam Pujaan Hati Kanda Raya, Mira mengakui tiada apa yang perlu diperkatakan.

Kami hanya rakan sekerja dan hanya berjumpa di lokasi atau majlis tertentu. Tiada komunikasi di luar selain itu. Jadi isu itu hanya dibiarkan berlalu begitu.

“Walaupun orang luar nampak tempias itu besar, namun saya tak terasa. Benda itu tak betul, jadi kenapa nak takut kan?” katanya sambil menjelaskan dirinya masih lagi belum berpunya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Old doors close, new ones open 💙 . . @arianirtw @galeriariani #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *