“Kalau Ada Yang Menyusahkan Awak I’m Sorry Okay” – Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Khairol Faris Anuar kerana banyak melayan kerenah dan membahagiakannya.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Elfira, suaminya itu banyak membuatkan dirinya  berasa lebih baik dan gembira.

“Kepada cinta hati saya, terima kasih untuk segalanya, semua yang awak buat adalah untuk buat saya berasa lebih baik, gembira, relaks dan menakjubkan.

“Kalau ada yang saya mengidam pelik-pelik tu, kalau ada yang menyusahkan awak saya minta maaf okay.

“Semoga Allah balas jasa awak, dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji pasangan ini kelihatan ‘sweet’ bersama.

Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayan Khalaf pada 1 Oktober lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *