Pendakwah Terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz Meningg4l Dunia

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dilaporkan telah meningg4l dunia pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Ustaz Nabil Ahmad.

“Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Nabil turut  memaklumkan Allahy4rham dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.

Perkara itu juga dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook Adun Kupang, Datuk Najmi Ahmad, pagi ini.

“Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah…”

Abu Hassan pernah ber­khidmat sebagai Pegawai Agama Istana Negara dan merupakan adik kepada pendakwah terkenal Allahyarham Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz.

Selain itu Abu Hassan juga aktif berceramah melalui pentas dakwah seperti Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Te­levisyen Malaysia (RTM) dan turut terkenal sebagai Ikon Astro Oasis.

Sumber : Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *