Selalu Post F0to Muka Je, Kali Ini Dapat Lihat ‘Baby Bump’ Elfira Loy. Tahniah

Segala persoalan kini terjawab apabila Elfira Loy telahpun berkongsi berita dia kini sudahpun hamil. Pada awal 2019, pasangan Elfira dan Faris Anuar menjadi perhatian ramai setelah sah bergelar suami isteri.

Syukur, dia bakal menerima kehadiran baru dalam keluarga pula. Menerusi Instagram, Elfira berkongsi sekeping foto dirinya dan ia meraih perhatian.

Elfira Loy Kini Hamil.

Tahniah el

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No more heels after this , okay okay. @alhumairacontemporary X @mcvogue.com.my

A post shared by 25 | 🇲🇾 | Married lol (@elfiraloy) on

Nampak perut 2

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Be ready to grab #ElfiraLoyXMCvogue 🌸 .

A post shared by 25 | 🇲🇾 | Married lol (@elfiraloy) on

Bahagia sekarang

Pelakon Elfira Loy mengumumkan khabar gembira apabila dia kini sedang hamil. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, bersyukur doa untuk dikurniakan cahaya mata dimakbulkan Allah.

“Alhamdulillah kalau orang tanya, saya beritahu sahaja. Saya baru sahaja check-up dan doktor beritahu bayi pun sihat.

“Saya gembira dengan kehamilan ini sebab sekarang kita dengar banyak sangat kes wanita yang nak mendapatkan cahaya mata.

“Saya tak sangka rezeki saya datang awal. Cepat sangat sebab saya baru kahwin empat bulan,” ujarnya kepada mStar

Antara k0men n3tizen:

How can that shes pregnant and still can wore that heels?? @zaafiradyna while me not pregnant but absolutely cannot stand with those 6 inches

Patut la seri muka Elfira ni lain macam je. Cantik sangat. Tahniah admin ucapkan. Semoga Elfira dan baby dalam kandungan akan sihat2 selalu.

Sumber Elfira Loy via HCL

Artikel berkaitan ‘Elfira Loy Kini Hamil’

KUALA LUMPUR 25 April – Pelakon Elfira Loy mengesahkan yang dia kini hamil anak sulung selepas berkahwin dengan Faris Khairol Anuar, awal tahun ini. Bagaimanapun Elifra, 25, enggan memberitahu usia kandungan pertamanya itu.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Elfira Loy X MC Vogue di Flora Terrace hari ini, pelakon ini agak malu-malu untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Mensyukuri kehamilan awal tersebut, namun kata Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia seakan tidak percaya dengan berita baik tersebut. “Saya gembira dan sangat bersyukur kerana sekarang ini selalu baca tentang wanita susah untuk hamil.

“Jadi apabila saya disahkan mengandung walaupun baru empat bulan berkahwin, saya bersyukur dan tak sangka rezeki datang awal. Suami pun terkejut juga dan tergamam pada awalnya. Sebenarnya, saya sendiri tak sangka sudah ada ‘isi’ ketika menjalani penggambaran telemovie.

“Namun Alhamdulillah, semuanya selamat dan sampai sekarang pun masih tak percaya saya mengandung,” ujar Elfira yang dijangka melahirkan anak pada penghujung tahun ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : utusan online

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *