[VIDEO] “Penat Aku Gelak..”- Dapat Tahu Mira Filzah Datang MeleTOP, Zizan Buat Hal!

Sebelum ini, pelakon dan pelawak terkenal iaitu Zizan Razak pernah digosipkan dengan selebriti cantik Mira Filzah.

Menerusi program MeleTOP semalam, gelagat Zizan mencuit hati ramai penonton dan peminat apabila dia kelihatan excited apabila diberitahu oleh pengacara tetap iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad bahawa Mira Filzah juga dijemput hadir ke program tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haih nervous lain macam ek @zizanrazak869 tahu @mfmirafilzah datang 😂😂😜😜 #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Banyak kali ulang..

Zizan yang sering membuatkan peminat terhibur memberikan reaksi lucu ketika di MeleTOP sehingga ramai yang ketawa melihat gelagatnya.

Bagi netizen, gelagat Zizan membuatkan mereka terhibur. Mana taknya, meriah sungguh set MeleTOP gara-gara kehadirannya.

Zizan kalau datang meleTOP x prnh x lawak

Kalau ada Zizan..

Ini rakaman penuh segmen Zizan..

Sumber : Meletop via HCL

PELAKON popular Mira Filzah mengakui tidak terikat dengan komitmen percintaan sama ada dengan pelawak, Zizan Razak atau pelakon, Remy Ishak seperti yang digosipkan baru-baru ini.

Mira, 26, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, buat masa sekarang dia terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam love kecik. #tiberrr

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

“Sekarang ini tidak terfikir apa-apa lagi. Cuma, tidak tahu kalau ada tiba-tiba datang, ada jodoh dan serasi. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa. Buat masa sekarang tidak terikat dengan sesiapa pun. Remy tak ada apa-apa, Zizan pun tak ada,” katanya kepada Harian Metro.

Mira yang mencipta fenomena menerusi drama Pujaan Hati Kanda di TV3 baru-baru ini berkata, tidak ada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung seperti diperkatakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Just enjoying every minute of my flying session. 🦋 . . @parachutingmalaysia #shiningsolo 🎶 #flyingsolo #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

“Jadual kerja saya sibuk hingga hujung tahun ini. Saya akan terbabit dengan dua penggambaran drama selepas Aidilfitri.

“Jadi, memang tidak ada apa-apa akan berlaku terutama dalam soal peribadi. Lupakan hasrat nak naik pelamin tahun ini. Tamatkanlah spekulasi itu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you! 🇸🇬 I had fun! 😍❤️ . . @eleventoco #mgmirafilzahsg #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Dalam perkembangan lain, Mira giat menjalani latihan ‘indoor skydive’ selepas dilantik menjadi duta Persatuan Payung Terjun Malaysia (MyPA), Februari lalu.

“Mungkin ramai tidak tahu, sukan ini pun ada di peringkat dunia. Jadi, saya mengikuti latihan ini. Saya tidak ada niat apa-apa lagi, cuma kalau ada rezeki mana tahu boleh mewakili negara bagi kategori wanita kerana tidak pernah ada wakil yang masuk pertandingan ini.

“Buat masa sekarang saya hanya mengikuti latihan dulu. Sekurang-kurangnya sebagai duta, saya tahu buat dan tidaklah saya tak tahu apa-apa,” katanya.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *